October 12, 2008

testing one and two and three

I intended it to be a prose, but it seems a bit too long to be a prose. I don't know.
But anyway, I might make a short story out of it. Usually 'short story' in my book would mean a story which is at least four pages long. Lol. I describe things in too much detail. I'll try to minimize the details though.

Once I'm done, you'll be the first one to know.

--------

Sunyi sungguh perpustakaan. Yang ada hanya aku dan seorang pustakawan yang sedang menyusun buku di rak. Aku mengeluh dan kembali menulis sajak yang perlu dihantar tulat kepada cikgu Bahasa Melayu. Beberapa buku sajak tulisan A. Samad Said terbuka di hadapanku; kononnya untuk inspirasi, tetapi aku baru siap separuh daripada serangkap. Macam mana ni, hatiku keluh. Aku menggigit penku, sebuah tabiat jikalau sedang kebuntuan.

Tiba-tiba seorang lelaki melintas di hadapan meja di mana aku sedang duduk. Aku menoleh ke kanan dan dia sedang membelek-belek buku. Aku memerhati penampilannya; rambutnya seakan-akan rambut The Beatles, kemeja putih berlengan panjang yang dilipat ke paras siku dipakainya bersama sepasang seluar jeans faded, sebuah beg sandang berwarna hitam disandangnya.Dalam kelekaan aku, dia menoleh ke arah aku. Malu, aku memandang ke buku A. Samad Said yang terbuka di hadapanku. Dari tepi mataku, aku nampak yang dia sedang tersenyum lebar. Alamak, dia nampak lah, hatiku berkata. Tanpa berfikir dua kali, aku bangun dan melulu ke arah tandas.

Ketika aku kembali ke mejaku semula, aku perasan yang dia duduk di meja yang betul-betul bertentangan dengan mejaku. Aku berpura-pura tidak nampak dan mula menggeledah begku, yang di dalamnya terdapat sebuah kamus milik abangku, untuk mencari mp3 player Sony yang aku dapat masa hari jadi aku awal tahun ini. Aku sekali mengeluarkan kamus abangku. Sambil-sambil itu, aku memasang lagu Yuna. Aku membelek kamus abangku; di sebalik muka hadapan, sehelai paper napkin yang bertulis:

    Abang tahu adik pergi perpustakaan esok. Ingat nak ikut, tapiada assignment pulak dah. Takpelah.

    Nanti adik balik, nak baca tau sajak tu. Tak bagi, siap. Harapan je adik nak ikut abang pergi Starbucks nanti. Hehehe.

    Jaga diri tau budak kecik .
    -Arief
Aku tersenyum dan menyimpan paper napkin itu di dalam bekas pensel. Aku mengalihkan perhatian aku kepada sajak yang aku sedang tulis. Tiba-tiba ilham tercetus dan aku sambung menulis sajak aku yang sudah hampir seminggu terbengkalai. Sampai sahaja rangkap keenam, aku berhenti menulis dan membacanya. Aku berpuas hati dengan tulisanku dan melihat jam di phone aku; 5:20 pm. Abang sampai jap lagi lah, hatiku berkata dan aku mengemas barang-barang aku. Sejurus itu, aku bangun dan mengambil sekali buku-buku yang telah ku ambil untuk meletakkannya kembali di rak buku.

    ‘Hei, awak !’
Aku toleh ke belakang, lelaki itu sudah berhampiran dengan aku. Di tangan kirinya, ada sebuah buku yang dipegangnya. Aku tergamam seketika dan tanpaku sedari, kedua-dua kening aku angkat.

    ‘Ye saya ?’
    ‘Tak….uhh….awak ni can-eh ! Bukan bukan!’
Aku tergelak melihat di gagap, sambil itu aku meletakkan buku terakhir yang telahku ambil di raknya. Muka dia kelihatan makin cemas. Aku kerutkan dahiku.

    ‘Ya Allah. Apa aku merepek ni!’
    ‘Relax lah. Saya tak makan orang.’
Aku senyum, dia pandang aku dan cuba menenangkan dirinya. Kelihatan dia makin cemas apabila tengok aku senyum. Haiya, aku keluh di dalam hati.

    ‘Encik abang, boleh cepat tak? Ni, abang saya dah nak sampai ni.’
    ‘Oh. OH. Okay. Tak, saya nak bagi awak buku ni.’
Dia menghulurkan sebuah buku. Rupa-rupanya aku tertinggal sebuah buku semasa aku hendak memulangkan yang lain. Aku mengambil buku itu darinya.

    ‘Haha, terima kasih. Tak perasan pulak tadi.’
    ‘Ah, takpe. Hal kecik je.’
Sekali lagi aku senyum pada dia. Dia senyum lebar dan jalan menuju ke arah mejanya. Aku meletakkan buku yang dia hulurkan di raknya dan menuju ke arah mejaku untuk mengambil barang-barang aku. Aku mengambil beg sandangku dan menyandangnya dan terus menuju ke arah pintu keluar.Tiba-tiba aku dengar bunyi langkah menuju ke arahku, aku memandang belakang dan ia adalah lelaki itu lagi.
    ‘Boleh saya jalan dengan awak?’
    ‘Uhh. Haha, okay.’
Aku memandang ke arah matanya dan baru aku perasan warnanya hazel, warna kegemaranku. Aku tersentak, dia memandang saja aku.

    ‘Helloo? Apa hal ni?’
    ‘Tak. Mata awak….’
    ‘Oh, haha. Mak saya separuh Perancis.’
    ‘Cantik warna dia.’
Dia tersenyum. Aku terus memandang matanya; tak tahan aku tengok. Dalam kelekaan aku, tiba-tiba phone aku berbunyi. Aku lihat skrinnya: Abang Arief. Aku menjawabnya.

    ‘Ye abang, dah nak keluar ni! Sabar lah.’
    ‘Eleh, budak mengada. Cepat sikit. Tinggal karang.’
Aku keluh. Lelaki itu memandang aku.

    ‘Um, nak nombor boleh?’
    ‘Nombor?’
Dia menghulurkan phone nya. Aku mengambilnya dan menulis nomborku dan senyum. Aku melambai kepadanya dan berjalan dengan pantas ke arah pintu keluar, takut sahaja Abang Arief marah. Tiba-tiba lelaki itu mengejar aku lagi. Aku berhenti.

    ‘Apa lagi?’
    ‘Tak, nama awak lah cik kak!’
    ‘Oh. Haha. Elis.’
    ‘Elis?’
    ‘Saya?’
Dia senyum sahaja. Aku membalas senyumannya dan berjalan ke arah pintu keluar. Abang sedang menyandar di luar keretanya. Dia senyum menyindir.

    ‘Abang dah nak tinggalkan tau tadi!’
    ‘Eleh, abang. Jahat gila.’
    ‘Nasib baik abang sayang Elis tau.’
Aku tersengih dan dia membuka keretanya. Aku masuk ke dalam kereta. Sambil dia sedang menghidupkan enjin, phone aku berbunyi. Aku melihatnya : 1 message received. Aku membukanya.

    ‘Hello Elis. Tersengih ke tu? Hehe.

    -Asyraf’
Aku senyum diam-diam.

1 comment:

Aisyah Pahmi said...

alolooooo so sweet!
if only la kan. hehe
best best :D